BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 


AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD 
195376

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua.

Hai, wassupp gais!! Untuk entri terakhir bagi kelas BBN3402 ni aku nak cerita sikit lah pengalaman aku sepanjang. BBN3402 ni adalah subjek Penterjemahan Berbantukan Komputer yang diajar oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Subjek ni merupakan subjek minor aku. Ya, untuk program kos aku ni dia ada major dan minor. Dalam kelas Terjemahan Berbantukan Komputer ni, aku bukan sahaja belajar untuk menjadi penterjemah yang baik dan berkualiti tapi aku juga belajar untuk berdisiplin dan menepati masa.

Kita berbalik kepada pengalaman kan. Mula-mula masa daftar subjek, perkara pertama sekali aku tengok ialah masa. hahaha. Sekali tengok kelas ni start pukul 8 pagi. Fuhh.. Nasib kelas online je takyah nak bersiap beria. heeee~ Tapi, walau macam mana pun kamera still kene on gaiss masa kelas. 

Ok, kita masuk kepada minggu pertama. Biasa kalau minggu pertama kelas ni pelajar semua rileks-rileks je sebab biasanya minggu pertama ni minggu pengenalan subjek. Tapi untuk kelas ni tidak begitu ya. haha. Minggu pertama lagi kitaorang dah dapat tugasan. Tugasan minggu pertama ni kira ok lagi sebab kitaorang kena buat terjemahan perkataan sahaja. 

Lepastu, masuk je minggu kedua. Masa ni dah mula huru-hara sebab kena guna track changes lepastu bila aku email kepada partner aku format dia lari pula dah. huhu. Tapi, nasib lah masa aku intern sem lepas, kat tempat intern aku tu pegawai-pegawai situ ada ajar aku guna track changes ni. So, sedikit sebanyak aku pandai lah juga nak guna track changes ni. 

Masuk je minggu kelapan tiba-tiba Prof minta kami masukkan tugasan semua dalam blog. Masa ni aku macam... Fuhh banyak kot tugasan dari minggu pertama sampai minggu kelapan nak dimasukkannya dalam blog. Masa ni gigih lah aku buka youtube tengok cara-cara masukkan document ataupun files dari google drive ke blog. Lepastu cara nak edit blog supaya formatnya tak lari. Oleh itu, tugasan-tugasan di blog berlarutanlah sampai minggu ke 11. Bila dah setiap minggu buat blog ni kan, aku rasa seronok pula mengupdate blog. hihi. 

Masa minggu ke 11 ni Prof ada cakap yang Prof nak buat pembentangan individu pada minggu 12 dan berkumpulan pada minggu 13. Pembentangan ni kami perlu menterjemah quotes yang diberikan serta berikan contoh untuk quotes tersebut. Hah, masuk je minggu 12 aku dah berdebar. Mana tidaknya, dah lah secara individu. Berdebar lah aku masa tu. Masa minggu 13 aku rileks sikit sebab masa ni pembentangan dengan partner. So, kitaorang saling bantu membantu gitu. cehh! ahahaha. Okeh gaiss! Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku sepanjang kelas ini. 

Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Normaliza Abd Rahim kerana telah mengajar saya subjek terjemahan berbantukan komputer ini serta membantu kami untuk mendapatkan markah yang baik dalam subjek ini dan sabar dengan kerenah pelajar-pelajar Prof ni. Saya juga nak minta maaf andai ada kesalahan dan kesilapan sepanjang saya mengambil subjek ini. Mohon halalkan segala ilmu yang telah Prof berikan kepada saya. Apa-apa pun saya suka sangat cara prof mengajar. Terima kasih sekali lagi Prof. 


TUGASAN SETIAP MINGGU


MINGGU 1

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL 


 MINGGU 2

BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL


MINGGU 3

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI


MINGGU 4

BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1


MINGGU 5

BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN


MINGGU 6

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS


MINGGU 7

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL


MINGGU 8

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS


MINGGU 9

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA


MINGGU 10

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU 10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


MINGGU 11

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)


KEHADIRAN MINGGU 13



Comments