BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

Ini adalah tugasan individu iaitu terjemahan 5 tweet dari Mufti Menk di Twitter. 


1.    Jom kita jadikan hari ini hari untuk kita mengubah cara kita bertindak balas atau respons terhadap manusia dan perkara di sekeliling kita. Kita perlu mengawal bagaimana kita bertindak balas  terhadap sesuatu. Sedar dengan keputusan yang kita buat. Ingat, kita tidak selalu dapat memilih keadaan, tetapi kita pasti dapat memilih bagaimana kita bertindak balas!


2.    Berbuat baiklah kepada diri sendiri. Tunjukkan belas kasihan kepada diri sendiri. Beri masa dan ruang untuk memproses semua yang berlaku di dalam fikiran anda. Jangan biarkan orang lain memburu atau melakukan sesuatu kepada anda atau membuat anda cemas. Ingat, ini adalah perjalanan anda, bukan orang lain. Oleh itu, kendalikan dan jagalah ia. Carilah kekuatan anda dari Dia yang menciptakan anda.



3.    Bagaimana anda menjalani kehidupan setiap hari. Adakah anda menabur benih kebaikan sehingga anda dapat menuainya kemudian atau anda melakukan apa sahaja yang anda mahukan. Jangan buang masa anda yang singkat di dunia ini. Menaburkan benih positif, rasa syukur, cinta, harapan dan lain-lain serta melihat bagaimana kesannya kepada orang di sekeliling anda.




4.    Hidup ini adalah ujian. Ambil langkah anda. Ingat, tidak ada yang kekal. Akan ada hari yang baik dan akan ada hari yang sukar. Oleh itu, jangan biarkan hari-hari sukar menghancurkan anda. Begitu juga, hari-hari baik tidak boleh mengalihkan perhatian anda sehingga anda lupa tujuan anda dalam hidup ini! Pastikan ia seimbang!


5.    Kadang-kadang anda mungkin ingin mengatasi beberapa perkara dengan teruk tetapi anda tahu mereka lebih baik dibiarkan. Kerana jika anda melakukannya, anda mungkin akhirnya menyesali kata-kata & tindakan anda. Ini adalah cabaran yang besar untuk menahan diri tetapi anda mesti lakukan untuk menenangkan fikiran anda sendiri. Yang Maha Kuasa akan menjaganya.



KEHADIRAN MINGGU 8


(AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD 195376)






Comments