BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)



                                                                  

  

1. Teks asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.

Terjemahan Melayu: Apabila seseorang memarahi kamu, senyum sahaja dan minta maaf kepadanya. 

Bukti: Cerita sosial 1 (Nenek dan Datuk) 

Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk. Alim pandang sekeliling. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah dan datuk sudah tiada. 

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.



2. Teks asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals. 

Terjemahan Melayu: Apabila hidup kamu berada dibawah atau berada di dalam kesulitan, berkatalah kepada diri kamu bahawa segalanya pasti berlalu kerana masa akan mengubatinya. 

Bukti: Cerita sosial 5 (Jiran) 

Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh.

Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.



3. Teks asal: Always be kind to others. 

Terjemahan Melayu: Sentiasa bersikap baik terhadap orang lain. 

Bukti: Cerita sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.



4. Teks asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others. 

Terjemahan Melayu: Sayangi dan jagalah diri anda dahulu sebelum menyayangi diri orang lain. 

Bukti: Cerita sosial 3 (Keluarga Saya)

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.



5. Teks asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

Terjemahan Melayu: Berkatalah dan ucapkanlah perkara yang baik, oleh itu anda akan menemui kebahagian dalam hidup. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

"Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran," jawab Alim sambil menganggukkan kepala. 



6. Teks asal: I will not judge you. I am just a normal person. 

Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai anda kerana saya juga manusia biasa. 

Bukti: Cerita sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran, "jawab Alim sambil menganggukkan kepala.



7. Teks asal: To me, you are the most precious person in the world. 

Terjemahan Melayu: Bagi saya, anda adalah orang yang paling berharga di dunia. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.



8. Teks asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you. 

Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan tersenyum. Cintaku sentiasa untukmu. 

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati) 

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari.



9. Teks asal: Kindness will speak the truth.

Terjemahan Melayu: kebaikan akan menunjukkan kebenaran.

Bukti: Cerita Sosial 3: (Keluarga Saya) 

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim. 

"Alim suka tolong adik," kata bapa sambil tersenyum.



10. Teks asal: Be a better person today and you will find happiness. 

Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih baik hari ini dan anda akan mendapat kebahagiaan. 

Bukti: Cerita sosial 4 (Hati) 

Cikgu Anis mengajar Alim untuk hormat pada orang tua. Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua. Cikgu Anis mengajar Alim untuk mengucapkan terima kasih. Cikgu Anis juga mengajar Alim untuk mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. 




Rujukan : 

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes for you...for us... Terengganu: Penerbit UMT.


200 Quotes for you...for us...


Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi


KEHADIRAN MINGGU 9


(AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD 195376)

Comments