BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

 



TEKS ASAL


TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

Viatnamese Spring Rolls Segar

⭐⭐⭐⭐⭐       738 Penilaian   |   523 Ulasan   |    119 Gambar

Spring rolls ini adalah perubahan yang baharu atau sejenis inovasi terhadap variasi atau pelbagai masakan gorengan yang biasa dan telah menjadi kegemaran seisi keluarga. Ia juga enak dijadikan sebagai juadah pembuka selera dan sedap jika dicicah dengan satu atau kedua dua sosnya itu.




Bahan-bahan

⬜ 2 oz bihun beras atau suun.

⬜ 8 rice wrapper atau kulit popia yang jernih (diameter 8.5 inci)

⬜ 8 udang besar yang sudah dimasak - dikupas, diracik dan dipotong separuh 

⬜ 1 ⅓ sudu besar daun basil Thai atau daun selasih segar dipotong atau dihiris

⬜ 3 sudu besar daun pudina segar dipotong atau dihiris

⬜ 3 sudu besar daun ketumbar segar dipotong atau dicincang

⬜ 2 daun salad, dipotong

⬜ 4 sudu teh sos ikan

⬜ ¼ cawan air

⬜ 2 sudu besar jus limau segar

⬜ 1 ulas bawang putih dicincang

⬜ 2 sudu gula putih atau gula pasir

⬜ ½ sudu teh sos cili bawang putih

⬜ 3 sudu besar sos hoisin

⬜ 1 sudu teh kacang tanah yang dicincang halus


Cara-cara
 

☑ Langkah 1

Panaskan air dalam periuk yang bersaiz sederhana sehingga mendidih. Rebus bihun beras atau suun itu selama 3 hingga 5 minit, atau sehingga bihun itu dimasak sehingga kenyal, dan toskan bihun itu.


☑ Langkah 2

Isikan air suam ke dalam mangkuk yang bersaiz besar. Celupkan satu bungkus wrapper ke dalam air panas selama 1 saat untuk dilembutkan. Letak dan ratakan wrapper atau kulit popia lembut itu. Kemudian, letakkan 2 bahagian udang, senggegam bihun beras atau suun, daun selasih, daun pudina, daun ketumbar dan salad di tengah tengah wrapper atau kulit popia lembut itu kemudian tinggalkan sedikit ruang setiap sudut atau sisi kulit popia itu. Lipat bahagian yang tidak ditutup kedalam, kemudian gulung wrapper atau kulit popia lembut itu dengan rapat dan kemas, bermula dari hujung kulit popia lembut itu dengan salad. Ulangi cara ini untuk bahan yang masih berbaki.


☑ Langkah 3

Dalam mangkuk yang kecil, campurkan sos ikan, air, jus limau, bawang putih, gula dan sos cili..


☑ Langkah 4

Dalam mangkuk kecil yang lain, campurkan sos hoisin dan kacang tanah.


☑ Langkah 5

Hidangkan spring rolls yang sudah digulung dengan campuran sos ikan dan sos hoisin.


Nota Masakan:

Sos ikan, bihun beras, sos bawang putih, sos hoisin dan rice wrapper atau kulit popia lembut boleh didapati di pasar makanan Asia.


Fakta Nutrisi

Setiap hidangan:

82 kalori; protein 3.3g; karbohidrat 15.8g; lemak 0.7g; kolesterol 10.8mg; natrium 305.4mg.



RUJUKAN:

allrecipe. (2020). Vietnamese Fresh Spring Rolls. Dicapai pada Disember 30, 2020 dari laman web https://www.allrecipes.com/recipe/24239/vietnamese-fresh-spring-rolls/



KEHADIRAN MINGGU 10


(AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD 195376)






Comments