MINGGU 11 - QUOTATION(4)
AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD
195376
1. Teks asal: I can see your eyes that you are a kind person.
Terjemahan Melayu: Saya boleh melihat melalui pandangan mata awak bahawa awak adalah orang yang baik hati.
Bukti: Lirik lagu (Keluarga)
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
2. Teks asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.
Terjemahan Melayu: Seorang sahabat adalah ketika dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya untuk anda berusaha menjelaskan sesuatu keadaan itu.
Bukti: Lirik lagu (Saya yang Istimewa)
Kawan-kawan semua
Inilah saya yang istimewa
Saya sentiasa berusaha
Menjadi insan yang berguna
3. Teks asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.
Terjemahan Melayu: Seorang sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi atau menilai sesuatu perkara tentang diri anda.
Bukti: Lirik lagu (Saya yang Istimewa)
Saya yang istimewa
Bersikap baik sesama manusia
Saya dilihat berlainan rupa
Semangat positif dikongsi bersama
4. Teks asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.
Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedianya anda untuk menghadapi dunia, dunia akan sentiasa membuatkan anda rasa tercabar.
Bukti: Lirik lagu (Diri)
Saya belajar setiap masa
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga
5. Teks asal: I am willing to share what I have with others.
Terjemahan Melayu: Saya bersedia berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang lain.
Bukti: Lirik lagu (Saya yang Istimewa)
Saya yang istimewa
Dilihat orang setiap masa
Kasih sayang dikongsi bersama
Abang kakak dan adik serta ibu bapa
6. Teks asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.
Terjemahan Melayu: Apa yang saya miliki pada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak bersikap jujur. Jujurlah dalam semua perkara yang anda lakukan.
Bukti: Lirik lagu (Diri)
Baik hati nurani
Kuatkan jati diri
Mulia peribadi
Perasaan tenang tidak terperi
7. Teks asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best.
Terjemahan Melayu: Jadilah seorang yang baik. Jadilah seseorang yang bersikap jujur. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.
Bukti: Lirik lagu (Diri)
Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari
8. Teks asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.
Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.
Bukti: Lirik lagu (Saya Tahu)
Hati saya siapa yang tahu
Saya sendiri jadi keliru
Ingin menangis seperti selalu
Air mata keluar menderu
9. Teks asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.
Terjemahan Melayu: Walaupun saya menghadapi cabaran dari segi emosi tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk tidak membuatkan anda rasa terbeban.
Bukti: Lirik lagu (Saya Tahu)
Saya cuba memahami
Diri saya sendiri
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah hati
10. Teks asal: My parents will be happy when I am a better person.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.
Bukti: Lirik lagu (Keluarga)
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
RUJUKAN:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes for you...for us... Terengganu: Penerbit UMT.
200 Quotes for you...for us... |
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment