BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD
195376


Masihkah Kau Ingat?


1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku). 

Huraian: Dalam menghasilkan sebuah tesis kita mestilah menulis dan mengolah semula ayat yang di ambil daripada artikel, buku atau apa-apa rujukan sekalipun dan jangan hanya menyalin sahaja. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya plagiat dalam penulisan tesis.



2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. 

Huraian: Kita juga digalakkan untuk membuat semakan terhadap tesis kita terlebih dahulu sebelum hantar kepada penyelia dengan menggunakan aplikasi Turnitin atau tool yang lain, dikhuatiri terdapat unsur plagiat dalam tesis kita.



3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder. 

Huraian: Untuk penghasilan sesebuah tesi itu, kita mestilah membuat rujukan yang utama dan pastikan bahawa rujukan yang dilakukan itu adalah betul dan sahih.



4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel). 

Huraian: Digalakkan bagi pelajar yang membuat tesis ini untuk membaca artikel yang terkini ataupun artikel terbaharu dengan jumlah minimum sebanyak 50 artikel. Ini bertujuan supaya kita lebih memahami tentang kajian yang ingin kita kaji atau lakukan.



5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan. 

Huraian: Pelajar juga boleh menghadiri seminar atau pun persidangan bagi mendapatkan idea atau info tambahan berkaitan kajian yang hendak dilakukan.



6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang. 

Huraian: Pelajar digalakkan untuk berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang hendak kita lakukan kerana mereka lebih pakar dalam hal ini. Dan elakkan dari berbincang dengan rakan atau pelajar yang lain. Hal ini dapat mengurangkan kadar kesalahan yang dilakukan dalam penulisan sesebuah tesis.



7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10 - 12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bachelor dan Master; 50 halaman – Phd), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8 – 12 halaman). 

Huraian: Jumlah halaman juga amat penting dalam penghasilan sesebuah tesis itu. Oleh itu, telah ditetapkan berapa halaman yang perlu di tulis oleh pelajar mengikut bab-bab di dalam tesis itu berdasarkan kategori pengajian mereka sama ada pelajar Bacelor, Master dan juga PhD iaitu bagi Bab 1 (10 - 12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bachelor dan Master; 50 halaman – Phd), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8 – 12 halaman).



8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bachelor), 81 – 150 (Master) dan 151 – 240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti. 

Huraian: Seharusnya keseluruhan tesis itu mempunyai maksimum sebanyak 80 halaman oleh pelajar Bacelor. Manakala, sebanyak 81-150 oleh pelajar Master dan 151-240 oleh pelajar PhD. Namun, hal ini mengikut kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti masing-masing.



9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian. 

Huraian: Dalam menghasilkan sebuah tesis yang baik kita juga digalakkan untuk membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian iaitu kita menyediakan masa untuk kita menyiapkan bab bab tertentu.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.




KEHADIRAN MINGGU 11
(AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD 195376)


Comments