BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

 




TEKS ASAL



TEKS TERJEMAHAN

Ayam Parmesan

⭐⭐⭐⭐⭐       4,091 Penilaian   |   2,761 Ulasan   |    1,416 Gambar

Resipi Ayam Parmesan yang dihasilkan oleh saya adalah sedikit berbeza daripada kebiasaan yang dihasilkan di kebanyakan restoran kerana resipi ini menggunakan sos yang sedikit dan bahagian luaran salutan ayam yang lebih rangup. 




Bahan – bahan



⬜ 4 bahagian dada ayam tanpa kulit dan tanpa tulang.

⬜ Garam dan lada hitam yang baru digiling secukup rasa.

⬜ 2 Biji telur.

⬜ 1 Cawan serbuk roti panko, atau lebih mengikut keperluan.

⬜ ½ cawan keju Parmesan parut.

⬜ 2 Sudu tepung serba guna, atau lebih jika diperlukan.

⬜ 1 Cawan minyak zaitun untuk menggoreng.

⬜ ½ cawan sos tomato yang disediakan.

⬜ ¼ cawan mozzarella segar, potong mengikut saiz kiub kecil.

⬜ ¼ cawan selasih segar yang dicincang.

⬜ ½ cawan keju provolone parut.

⬜ ¼ cawan keju Parmesan parut.

⬜ 1 sudu minyak zaitun.


Cara-cara

☑ Langkah 1 

Panaskan oven hingga 450 darjah F (230 darjah C). 


☑ Langkah 2 

Letakkan dada ayam di antara dua kepingan plastik yang tebal (beg beku yang boleh ditutup semula adalah lebih baik) di atas permukaan yang rata dan keras. Tumbuk dada ayam tersebut dengan kuat pada bahagian halus palu dada ayam sehingga ketebalannya 1/2 inci. Perapkan dada ayam tersebut bersama garam dan lada hitam.


☑ Langkah 3

Pukul telur dalam mangkuk dan ketepikan.


☑ Langkah 4

Campurkan serbuk roti dan 1/2 cawan keju Parmesan dalam mangkuk yang berlainan dan asingkan ia. 


☑ Langkah 5

Letakkan tepung ke dalam ayak atau penapis; ayakkan ke atas dada ayam dan salutkan pada kedua-dua belah bahagian dada ayam itu sehingga rata. 


☑ Langkah 6 

Celupkan dada ayam bersalut tepung ke dalam telur yang dipukul. Pindahkan dada ayam ke dalam campuran serbuk roti dan salutkan pada keseluruhan dada ayam itu. Ulangi cara yang sama untuk setiap dada ayam. Ketepikan dada ayam selama lebih kurang 15 minit. 


☑ Langkah 7 

Panaskan 1 cawan minyak zaitun dalam kuali besar dengan api sederhana sehingga minyak mula panas dan kelihatan minyak itu berkilau. Masak ayam hingga keemasan, kira-kira 2 minit di setiap sisi. Ayam akan selesai dimasak dalam ketuhar. 


☑ Langkah 8 

Letakkan ayam tersebut ke dalam loyang dan letakkan 1/3 cawan sos tomato pada setiap dada ayam di atasnya. Lapiskan setiap dada ayam dengan keju mozarella, daun selasih segar dan keju provolone dengan kuantiti yang sama. Taburkan 1 hingga 2 sudu besar keju Parmesan di atasnya dan ratakan ia dengan minyak zaitun dalam kuantiti 1 sudu besar.


☑ Langkah 9 

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga keju kelihatan keperangan dan berbuih serta di tengah dada ayam tidak lagi berwarna merah jambu atau separa masak, 15 hingga 20 minit. Termometer bacaan segera dimasukkan ke bahagian tengah dan hendaklah mencapai bacaan sekurang-kurangnya 165 darjah F (74 darjah C).



Nota Masakan:

Gunakan sos tomato yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda boleh menggantikan pesto atau herba kering Itali pilihan anda dengan selasih atau tidak menggunakannya langsung. Sekiranya anda menggunakan mozarella segar, potong ia menjadi saiz kiub dan bukan mencincangnya atau menghirisnya. 


Fakta pemakanan 

Setiap Hidangan: 

471 kalori; protein 42.1gm; karbohidrat 24.8gm; lemak 24.9gm; kolesterol 186.7mg; natrium 840.3mg. 



RUJUKAN:

Chef John. (2020). Chicken Parmesan. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari laman web https://www.allrecipes.com/recipe/223042/chicken-parmesan/ 




KEHADIRAN MINGGU 10


(AIN NUR MARYAM BINTI MOHAMAD 195376)



Comments