Review Novel Relasi Karya Hilal Asyraf


Related image

Pertama sekali saya amat tertarik dengan novel Relasi karya Hilal Asyraf ini kerana temanya tentang mencari sahabat sejati. Tema ini amat dekat dengan diri kita sebagai seorang pelajar. Sudah tentu sebagai seorang pelajar ingin mempunyai sahabat, kawan baik mahupun "bestfriend". 

Novel ini mengisahkan tentang Saifullah yang mencari seseorang yang boleh digelar sahabat. Jalinan ukhuwah antara Saifullah dan senior yang amat rapat tiba-tiba terlerai. Insiden dengan 5 paksi kejahatan dan senior memadamkan nama senior sebagai sahabatnya. Konflik dalam memerangi anasir negatif 5 paksi kejahatan mencapai satu kemuncak yang tidak terjangkau oleh akal. 

Secara keseluruhan novel ini berkisahkan tentang konflik yang berlaku dalam persahabatan. Tidak dinafikan situasi ini amat dekat dengan kita. Siapa sahaja tidak mempunyai konflik dengan kawan bukan? Serapat mana pun kita dengan kawan kita itu sudah tentu akan ada konflik yang berlaku.

Oleh itu, carilah sahabat yang bukan sahaja membuat kamu gelak, gembira, namun sahabat yang sebenar adalah sahabat yang berani menegur kesilapan kamu dan bersahabat atas nama Allah Taala maka dengan itu peganglah kata kata ini. "Jika kamu ingin meletakkan darjat sahabat pada seseorang, maka kamu perlu ingat bahawa setiap manusia niat dan niat seseorang itu akan terbukti dalam amalannya. Jangan sesekali kamu lupa, bahawa sahabat kamu merupakan bayangan diri kamu yang sebenar. Sahabat mampu mempengaruhi sikap dan kelakuan kamu".

Ketahuilah sahabat ialah seseorang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya. Sahabat ialah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga. Sahabat ialah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim dengan kamu dan tidak mengharapkan apa-apa dalam perhubungan kamu selain redha Allah semata-mata. Sahabat ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu kepada Allah dan Rasulnya.

Sahabat yang baik ialah sahabat yang kamu mendoakannya dan dia mendoakanmu. Akhir kalam, sayangilah dan hargailah sahabat anda sementara sahabat anda masih ada dan bersahabatlah atas paksi keimanan bukan hanya ingin mempergunakan sahabat kita. 

Sekian, Terima Kasih. 😊

Comments