Novel Ilmiah VS Novel Fixi


Setiap novel dan cerpen mempunyai tarikannya yang tersendiri. Pada entri kali ini saya ingin mengulas tentang novel Ilmiah dan novel Fixi. Kebanyakkan anak muda kini amat meminati novel fixi berbanding novel ilmiah yang lain. Hal ini kerana novel fixi menggunakan bahasa rojak dan bahasa yang digunakan oleh anak muda pada masa kini. Bahkan novel ilmiah pula menggunakan bahasa baku. Oleh sebab itu, anak muda masa kini memilih untuk membaca novel fixi kerana cara penulisan itu lebih dekat dengan diri mereka. 

Akan tetapi saya lebih mensarankan agar anak muda masa kini membaca novel-novel ilmiah berbanding novel fixi kerana novel novel ilmiah cara penulisan dan ayatnya agak berbunga dan indah kerana penulisnya menggunakan bahasa melayu yang sebenar bukan bahasa rojak. 

Kita juga boleh membandingkan bahawa dengan membaca novel ilmiah sudah tentu kita akan memperoleh pengajaran dan manfaat daripada novel ilmiah itu. Tambahan pula, bahasa bahasa yang digunakan dalam novel ilmiah itu membuat kita berfikir akan sesuatu maksud perkataan itu kerana ada di kalangan penulis mereka menggunakan bahasa sastera.

 Dengan mengkaji maksud yang kita tidak fahami daripada novel itu, kita juga dapat menambah ilmu dengan mengkaji maksud yang hendak disampaikan oleh penulis. Kebanyakkan novel ilmiah ini memerlukan pembacanya berfikir dan kebanyakkan novel ini memberi kesan kepada pembacanya.

Sejujurnya, saya juga minat untuk membaca novel-novel fixi kerana bahasanya yang mudah difahami akan tetapi novel ini tidak sesuai jika dibaca oleh remaja kerana terdapat bahasa bahasa yang tidak sesuai digunakan oleh penulis.

Oleh itu, saya lebih memilih untuk membaca novel novel ilmiah seperti nukilan Hilal Asyraf kerana pengisian novelnya itu sampai dan memberi kesan kepada saya. 

Comments