Kelas Terakhir bersama Dr Kamariah


Pada entri ke 14 ini saya ingin menceritakan pengalaman saya sepanjang kelas Penglahiran Bakat Kreatif bersama Dr Kamariah. Daripada kelas ini saya bukan sahaja belajar untuk menulis karya yang baik akan tetapi saya juga belajar untuk berdisiplin dan menepati waktu. 

Setelah mempelajari kursus ini, saya mendapati minat saya terhadap bidang penulisan semakin meningkat. Saya juga telah diberi tugasan untuk membuat beberapa karya yang terdiri daripada sajak dan cerpen. Buat pertama kalinya saya menghasilkan cerpen dan sajak nukilan sendiri. Seperti tidak percaya bahawa saya mampu menghasilkan beberapa buah karya walaupun tidak sehebat pelajar lain. 

Sepanjang kelas bakat kreatif ini juga saya telah mempelajari cara cara menulis karya dengan bagus hasil tunjuk ajar Dr Kamariah.

Selain itu, saya juga amat suka dengan cara pembelajaran Dr Kamariah kerana disebalik pembelajarannya beliau juga selitkan beberapa tazkirah yang memotivasikan diri ini. Saya juga kagum dengan beliau kerana dalam beliau sibuk bekerja dan menguruskan keluarga beliau juga mampu menghasilkan novel novel yang menarik. Antara novel karya beliau ialah novel sebuah syakirah dimana novel itu menjadi rujukan buat kami pelajar semester ini.

Tambahan pula, beliau juga bersikap dedikasi dan seseorang yang sangat menjaga masa serta disiplin. Saya juga amat tertarik tentang pengalaman beliau yang mendapatkan duit poket hasil penulisan karya. Ya, dengan penulisan karya kita juga boleh menambah duit poket. Justeru itu, kita juga dapat meringankan beban kedua ibu bapa kita untuk memberi wang perbelanjaan kepada kita.

Akhir sekali, Dr Kamariah juga sangat berkongsi ilmu tentang penulisan kreatif bersama kami. Sangat banyak nota dan ilmu yang diberikan kepada kami sebelum kami menduduki peperiksaan akan datang. Setakat itu sahaja coretan saya untuk kali ini.

Akhir kalam, Terima Kasih Dr Kamariah kerana telah mencurahkan segala ilmu kepada kami sepanjang 14 minggu bersama. Assalamualaikum. 😊

Comments