Kelas Bersama En Zaen Kasturi


Nama Zaen Kasturi tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Beliau juga telah menulis beberapa karya antaranya ialah kumpulan puisi 77 Tuju. Dalam buku ini beliau menulis tentang ingatan kepada kawan. Sejujurnya, beliau sangat hebat dalam penulisan karya saya amat kagum dengan bahasa, perkataan serta ayat yang digunakan. Ayat yang beliau gunakan dalam karya membuatkan para pembaca berfikir sejenak tentang apa yang dimaksudkan dengan ayat itu. 

Semasa pertukaran kelas pada minggu ke 12 Encik Zaen telah menerangkan beberapa puisi daripada buku ini yang dipilih secara rawak olehnya. Dari situlah saya dapat memahami sedikit sebanyak apa yang cuba disampaikan oleh beliau dalam buku ini. 

Pada saya menulis sajak mahupun puisi tidaklah semudah yang kita bayangkan kerana setiap penulisan yang kita tulis itu kita harus memberi kesan kepada pembaca. Selain itu, banyak ilmu yang saya pelajari sepanjang berada di dalam kelas beliau. Beliau juga telah memberi kami beberapa nota nota penting untuk dibaca sebelum peperiksaan akhir bermula. Nota nota yang diberikan juga amat membantu.

Beliau juga mengajar tentang majas majas yang digunakan untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Antaranya, majas personafikasi, majas metafora, majas hiperbola, majas letotes, majas simbolik dan banyak lagi jenis majas yang beliau ajarkan kepada kami.

Akhir kata, segala ilmu yang disampaikan amat berguna kepada saya dalam menghasilkan sesebuah karya.


Comments