Sasterawan Negara ke 13




     Pada 13 Mac 2019 yang lalu, saya telah menghadiri Wacana Sasterawan Negara iaitu YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan bertempat di Dewan Za'ba Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi. Wacana ini dianjurkan oleh Program Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) dibawah Jabatan Bahasa Melayu. Daripada wacana ini saya dapat mengenali beliau lebih mendalam.

     Kita sedia maklum, bahawa beliau merupakan Sasterawan Negara yang ke-13 dan juga merupakan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut. Hal ini, menarik perhatian saya kerana beliau lahir pada 13 Jun 1949 dan beliau juga telah menerima hadiah puisi negara Asean pada 2013. Pada saya, nombor 13 adalah nombor bertuah beliau. Beliau merupakan anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. 

     Seterusnya, saya amat tertarik dengan karya beliau yang bertajuk "Hatimu Aisyah" dan juga "Menghadap ke Pelabuhan". Buku menghadap ke pelabuhan ini sangat unik kerana telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa antaranya bahasa Jepun, bahasa Spanish dan bahasa Rusia. Datuk Dr. Zurinah Hassan juga bukan sahaja dikenali di negara kita malahan beliau juga dikenali di luar negara iaitu di Bangkok, Thailand.


     Selain itu, saya juga amat tertarik dengan novel beliau yang bertajuk "Hatimu Aisyah" kerana di dalam novel tersebut terdapat watak yang terdiri dari beberapa generasi. Tidak banyak penulis yang boleh merakam adat, budaya dan kepercayaan masyarakat dalam brntuk karya kreatif. Novel ini menceritakan perjalanan hidup watak utama iaitu Aisyah dari seorang kanak-kanak perempuan, sehingga meningkat umur menjadi seorang anak gadis, seterusnya dilamar dan berkahwin, kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu dan seterusnya bagaimana beliau meniti hari-harinya sebagai seorang nenek, menghabiskan sisa-sisa hidupnya di muka bumi ini. Ia juga menceritakan tentang arus kemodenan yang sedang kita rasai pada masa kini. Akhir kalam, mata pena itu lebih tajam dari pedang.

Image result for novel hatimu aisyah

Comments